Saturday, August 23, 2008

INDUSTRI MUZIK DI MALAYSIA

Assalamu'alaikom wbt........salam sejahtera semua.
Blog ini disediakan semata-mata untuk mereka yang mahu berbisnes dalam dunia hiburan terutamanya bisnes muzik. Ini kerana, saya dapati ramai di kalangan 'orang-orang kaya' yang mahu berjinak-jinak dalam bisnes ini sering ditipu oleh mereka yang semamngnya 'kaki penipu' dan suka mengambil kesempatan terhadap mereka yang 'tiada ilmu' tentang bisnes muzik ini.
Sememangnya industri muzik di masa ini mengalami 'kemuraman' sedikit sebanyaknya. Penjualan album di kedai-kedai muzik nampaknya tidaklah begitu menggalakan. Banyak kedai-kedai muzik yang terpaksa 'tutup kedai'. Tidak banyak kaset atau CD yang boleh dijual dengan angka yang membanggakan.
Music Valley, sebuah syarikat pengedar kaset/CD yang mempunyai banyak rangkaian kedai muzik sendiri terpaksa menutup sejumlah besar kedai-kedai muziknya di seluruh tanahair. EMI Music, sebuah syarikat rekod gergasi dunia terpaksa 'tutup bisnes' di seluruh dunia. Mereka tidak lagi berupaya menanggung risiko 'overhead' yang tinggi. Warner Music juga dengar khabarnya akan diambil alih oleh syarikat gergasi yang lain. Dari desas desus yang diterima, kemungkinan Universal Music yang akan berkuasa terhadap Warner Music.
Mengapa syarikat-syarikat rekod gergasi ini terpaksa 'tutup kedai'?
Ini adalah kerana mereka tidak mempersiapkan diri mereka untuk bersaing dalam dunia 'alam maya' yang begitu rancak berkembang di masa ini. Mereka tidak mempunyai rangkaian 'alam maya' sebagaimana yang dimiliki oleh rangkaian TELCO seperti Maxis, Celcom, DiGi dan My Mobile. Bisnes RBT (Ring Back Tones) memuncak dengan begitu hebat tanpa diduga. Dan penjualan album melalui website juga mendapat sambutan yang menggalakkan.
Dan jangan terkejut kalau lagu kumpulan RATU (dari Indonesia) yang berjudul 'Teman Biasa' berjaya mencecah angka melebihi RM500 ribu dari hasil Ring Back Tones. Malah dari sumbe-sumber yang rapat dengan Warner Music, mengatakan bahawa album soundtrack 'My Heart' berjaya mencecah jualan melebihi RM 1.3 juta. Wow.......siapa kata berbisnes muzik tidak boleh buat duit!!!